6 Tips Diet Seimbang Korang Perlu ZOOM IN

6 Tips Diet Seimbang Korang Perlu ZOOM IN

1. Banyakkan makan buah-buahan.

 

Banyak kebaikkan makan buah-buahan ni. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang,  oren, gandum, kentang, dan buah betik. Setiap buah ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan makan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein
tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.

4. Kurangkan pengambilan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi jangan mengaambil secara lebih-lebihab sbb badan hanye memerlukan 20% hingga 30% sahaja untuk keperluan tenaga harian kita.Jadi, elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

**pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.**

**Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.**

**Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.**

**Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).**

**Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).**

5. Kurangkan gula.

Selalu nye makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan  beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Jikalau mengambil secara berlebihan boleh mengakibatkan korang berrisiko kerosakan gigi, kegemukan, kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan pengambilan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. So kursng-kurangkan lah
mengambil makanan di dalam tin sbb tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok jikalau mengambil secara berlebihan.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published